Monday, June 27, 2011

tabahkan hati kami YA ALLAH!!!!!

  1.      Bersabar .
Keluarga yang menghadapi kematian perlulah bersabar. Manusia tidak akan terlepas dari         ujian  Allah. Apabila seseorang ditimpa sesuatu ujian, ,janganlah menerimanya  dengan putus asa dan keluh kesah, tetapi menerimanya  dengan tabah dan sabar.
Di sinilah masanya jika seseorang itu menginginkan pahala yang besar dan kasih sayang serta petunjuk dari Allah. Allah telah berfirman :
ولنبلونكم بشئ من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصبر
Ertinya : “Dan sesungguhnya Kami akan  memberi percubaan sedikit kepada kamu seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahaan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Al-Baqarah:155)
  Rasulullah SAW bersabda:Ertinya: “Allah SWT berfirman: ‘Tidak ada pembalasan bagi seorang hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku mengambil kekasihnya di dunia,kemudian ia redha dan berserah kepada-Ku melainkan syurga.”(Imam Bukhari)
          Apabila seseorang itu ditimpa musibah, ia diperintahkan untuk bersabar. Sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah:
....وا صبر على ما أصابك ان ذلك من عزم الأمور  
Ertinya: “Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah.”(Al-Luqman:17)
          Ucapan yang terbaik bagi mereka yang ditimpa musibah  ialah: “Inna lillahi wainna ilaihi rajiun”.
Kalimah ini merupakan kalimah ‘istirjaa’ iaitu pernyataan kembali kepada Allah. Sunat menyebutnya  sewaktu ditimpa  musibah sama ada besar mahupun kecil.
Malangnya  hari ini, ramai manusia yang lalai terhadap takdir Allah. Manusia lupa bahawa kematian adalah takdir Allah yang sepatutnya diterima dengan redha dan sabar.
2.      Jangan meratapi mayat.
Bersabarlah bagi keluarga yang kematian dan jangan meratapi orang mati itu hingga memukul-mukul pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju. Sebab itu bukan ajaran agama Islam.
Tidak mengapa kalau sekadar menangis  tanpa berkata atau menyeru seperti orang Jahiliyyah. Ratapan adalah tanda marah dan tidak dapat menerima ketentuan Allah dengan redha.
Mayat di dalam kubur akan diseksa menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya, begitulah juga halnya di hari kiamat. Dia akan diseksa sebagaimana rintihannya itu.
            Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diberitakan dari Umar al-Khattab r.a. :
 Ertinya : “Seorang mati diseksa dalam kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya.”( Bukhari dan Muslim )
        Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al-Mughairah bin Syu’bah r.a berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
            Ertinya : “Sesiapa yang ditangisi dengan suara dan rintihan, maka akan terseksa sebagaimana rintihan itu pada hari kiamat.”( Bukhari dan Muslim )
Merintih itu mengandungi bahaya sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:  
a.       Tidak termasuk  umat Muhammad SAW. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud iaitu Rasulullah SAW bersabda :
Ertinya:“Bukan dari golonganku orang yang memukul-mukul pipi dan mengoyak saku dan menjerit dengan suara kaum jahiliah ( Bukhari dan Muslim ).  
b.      Merupakan tanda kekufuran. Hadis Rasulullah SAW :
Ertinya: “ Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah mengoyak baju, merintih dan menghina nasib orang ( keturunan orang ).” ( Al-Hakim dan Ibnu Hibban ).
 c.       Menjerumuskan diri  dalam kekufuran. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a 
        bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Ertinya : “Dua kelakuan manusia yang dapat menjerumuskan ke dalam kekufuran, iaitu menghina nasib keturunan orang dan menangisi mayat sambil merintih.”
  d.      Pada hari kiamat, dikenakan pakaian dari nyala api neraka. Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: “Merintih itu termasuk kebiasaan jahiliyah, dan orang yang merintih, jika mati sebelum bertaubat, maka Allah akan memotongkan untuknya pakaian dari puntung nyalaan api neraka.”( Riwayat Ibnu Majah ).
  e.       Memperolehi kutukan. Abu Said Al-Khudri r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang merintih dan yang mendengarkannya.
  f.        Dibariskan di tepi Neraka Jahannam sambil menggonggong bagaikan anjing untuk ahli neraka. Hadis dari Rasulullah SAW :
Ertinya: “Wanita-wanita yang biasa meritih jika ada kematian akan dijadikan pada hari kiamat dua barisan di Neraka Jahannam, satu garisan sebelah kanan dan satu barisan di sebelah kiri, lalu menggonggong bagaikan ajing untuk ahli neraka.” ( Ath-Thabrani ).
  3.      Sunat mengucapkan takziah.
        Bertujuan untuk menghibur, menyabar dan meringankan kesusahan yang dideritai oleh orang yang sedang ditimpa musibah kematian. Sunat sehingga 3 hari selepas kematian. Keutamaan takziah ialah :
  a.       Memperoleh pahala seperti pahala penderitaan musibah. Ibnu Mas’ud r.a berkata  bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Ertinya : “Sesiapa yang menghiburkan orang yang ditimpa musibah ( bala) maka mendapat pahala sama dengan jika dia menerima penderitaan itu.” ( At-Tarmizi ).
  b.      Memperoleh perhiasan kehormatan di hari kiamat. Amar bin Hazm r.a berkata bahawa Rasululllah SAW telah bersabda :
Ertinya : “Tiada seorang mukmin yang menghibur saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan diberi oleh Allah perhiasan kehormatan di hari Kiamat.”( Ibnu Majah dan Al-Baihaqi ).
  c.       Memperoleh selendang di hari kiamat. DaripadaBarzah r.a katanya bahawa telah bersabda Rasulullah SAW :
Ertinya: “Siapa yang menghibur wanita yang kematian anak, maka akan mendapat selendang di hari kiamat.” (At-Tarmizi ).
 
PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN SELEPAS KEMATIAN.
1.      Biarlah dia diuruskan oleh orang yang menyayanginya seperti dari kaum keluarganya sendiri.
2.      Disyariatkan juga untuk memejamkanmata sebab apabila roh keluar maka diikuti pula oleh pandangan mata ke mana oh itu pergi. Ianya juga sebagai penghormatan kepada mayat. Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : “Jika kamu hadir pada orang yang telah mati. Maka pejamkanlah matanya kerana mata mengikut roh.”
Cara memejamkan matanya ialah dengan merapatkan kelopak matanya yang sebelah atas dengan kelopak mata yang sebelah bawah sambil membaca :
بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه وسلم
              Ertinya: “ Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW.”
            Atau dibacakan doa :
بسم الله وعلى ملة رسول الله.اللهم يسر عليه أمره وسهل عليه ما بعده، وأسعده بلقائك، واجعل ما خرج اليه خيرا مما خرج عنه
              Ertinya: “ Dengan nama Allah dan di atas agama Rasulullah SAW. Ya Allah, mudahkanlah urusannya, mudahkan baginya perkara-perkara yang akan datang ini, serta bahagiakanlah dia ketika dia bertemu dengan Engkau, dan jadikanlah akan yang ditujuinya itu ( akhirat ) lebih baik daripada negeri yang ditinggalkannya.
3. Sunat mengikat janggut dengan serban yang ada di kepalanya supaya janggutnya tidak berselerakan
4.    Rapatkanlah mulutnya jika ternganga, kerana tidak elok dipandang, dan untuk mengelakkan masuknya air dan serangga ke dalam mulutnya waktu memandikannya.
5.  Sunat diperlembutkan sendi-sendi tangan dan kakinya supaya mudah untuk memandikan dengan menyapukan minyak padanya. Disunatkan melembutkan jari-jarinya untuk memudahkan ketika memandikannya, dan kalau sudah tegang susah utk mengkafani dan menanggalkan pakaiannya, sedangkan pakaian itu dapat memanaskan badan dan mengakibatkannya cepat berubah. 
6.      Sunat diangkat dan diletakkan di tempat tinggi seperti katil supaya tidak kena tanah yang boleh mengakibatkannya cepat rosak dengan dihadapkan mukanya ke arah kiblat. 
7.      Setelah disalin pakaiannya, maka hendaklah ditutup seluruh anggota  badannya dengan kain bersih, sebagai penghormatan kepadanya dan supaya tidak terbuka auratnya. Menurut sebuah hadis :
  عن عائشة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حين توفي سجى ببرد حبرة
    Ertinya : “Dari Aisyah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW ketika baginda wafat, baginda ditutupdengan kain.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim).
8.      Lebih sempurna lagi bila mayat itu diletakkan di dalam bilik yang tertutup agar lebih selamat.
9.    Tidak ada halangan untuk mencium mayat, bagi keluarganya atau sahabatnya ( bukan orang yang ajnabi ) yang sangat sayang kepadanya dan berduka atas kematiannya. Menurut keterangan hadis :
عن عائشة : قبل رسول الله صلى الله عليه وسلم عثمان بن مظعون وهو ميت حتى الدموع تسيل على وجهه
  Ertinya : “Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW telah mencium Usman bin Mazhun ketika dia telah mati, sehingga jelaas kelihatn airmatanya mengalir di muka baginda.” ( Riwayat Ahmad dan At-Tarmizi ).
10.  Di atas perutnya disunatkan meletak benda yang sederhana beratnya seperti gunting untuk menahan agar perutnya tidak buncit dan menolong memudahkan najis keluar.
11. Di hujung kepalanya eloklah diletakkan perasapan kemenyan atau setanggi untuk menghilangkan bau yang keji, yang berkemungkinan keluar dari mayat itu.
12.  Keluarga si mayat yang mampu hendaklah dengan segera membayarkan hutang si mayat jika dia mempunyai hutang, seselok-eloknya ibayar dengan menggunakan harta peninggalan atau dari pertolongan keluarga sendiri. Dan satu riwayat, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
  عن أبي هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : نفس المؤمن معلقة بدينه حتى يقضى عنه
Ertinya : “Dari Abu Hurairah r.a , Rasulullah SAW telah bersabda : Diri mukmin itu tergantung ( tak sampa ke hadrat Alla ), kerana hutangnya, sehinggalah dibayar dulu hutangnya itu ( oleh keluarganya ).”( Riwayat Ahmad dan Tarmizi ).
              Jika tidak mampu maka serahkanlah kepada Allah yang Maha Pemurah sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis ini :
  عن ابن عمر قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الدين دينان فمن مات وهو ينوى قضاءه فأنا وليه ومن مات ولا ينوى قضاءه فذلك الذى يؤخذ من حسناته ليس يومئذ دينار ولا  درهم.
              Ertinya : “ Dari Ibnu Umar berkata Rasulullah SAW: Hutang itu dua bentuk. Barangsiapa yang meninggalkan hutang, sedangkan dia berniat untuk membayarnya, nescaya aku akan menguruskannya. Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak berniat untuk membayarnya, maka pembayarannya akan diambil dari kebaikkannya. Waktu itu tiada emas dan perak ( untuknya ).” ( Riwayat Thabrani ).  
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...