Thursday, March 29, 2012

tazkirah khamis

assalamualaikum.......................


 
Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
... * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
 
***semoga menjadi panduan untuk kita semua, insya allah....
 
p/s : mood harini tetibe nk jadi ustazah.huhu.....

Monday, March 26, 2012

boleh tak?????

assalamualaikum....
soalan nye boleh tak hari² pon aku update blog gune wordless je???
upload gambar je hari²
boleh tak ek?????
huhu.....
memang dasar PEMALAS LIPAS
camtu la........









cilok dekat FB jew...

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #25

3 tingkat kek kahwin I dulu. harini genap 3 tahun jugak usia perkahwinan I & Mr. Husband. alhamdulillah...syukur☺

Tuesday, March 20, 2012

love story

assalamualaikum.....
hati girang tak terkate
tarikh yg ditunggu² akan menjelma
ccceewahhhh bukan men berpantun² lagi tu kan
bukan ape hati tengah berbunga cinta ni
esok kan annivesary I dengan mr husband
tak sangka dah masuk tahun ke-3 usia perkahwinan kami
3 tahun yg penuh suka & duka
tapi tetap rasa bahagia kerana dikurniakan suami yg penyanyang & seorang puteri yg comel
alhamdulillah...syukur sangat²

oleh kerana esok baru tiba hari yg bertuah tu arini kite cume imbas² LOVE STORY je le k.heheee...
sebenarnye I mula² berkenalan @ dikenenkan dengan kawan bek mr husband
org yg bertanggungjawab ialah suami sekufu I tu la,name die ATAN
die ni yang sibuk² sangat nak ambik taw jodoh I
ye la mase tu umur I pon dh 27tahun,mak n abah pon dah start bising² suh cepat kawin
sampai diorang pakat² carikan
ade la 2,3 orang datang kunun² nak tengok I ni cantek ke tak berkenan ke tak
last² ade jugak la sangkut sorang
taaaaaaaaaaapiiiii...................bukan yg jadi husband I sekarang ni
tapi org lain la.heheheeee....
 sempat jugak la kawan dengan mamat tu setahun
tapi tak declare ape² pon
I anggap cam kawan biase je
die je yang rase I ni macam awek die
terkejut beruks la I bile tetibe die ajak bertunang lak
memang la ikutkan mak ngan abah I suke dengan family die ni
coz diorang dalam kategori org alim² tu
tapi sori hati I x boleh dipakse
lagipon time tu I dah jatuh cinte kat mr husband la
sooo tinggal kenangan je la mamat tu.huhu.....


alkisah bermula citer I dengan mr husband pulak
asalnye si ATAN ni kenalkan I kat member baik die
biar I sebut MR.A je la ek name member bek si ATAN tu
kitorang tak penah jumpe cume SMS dengan CALL² je
lame jugak dalam 4 bulan camtu kenal dgn MR.A ni
I pon mule² macam dh terpikat la dengan dia ni
yela ayat bukan main manis lagi nak memikat hati pompuan yang lemah macam I ni kan
tapi bile die taw je I ni jenis banyak member laki terus die tak berkenan dengan I
puncenye bile die tengok I punye akaun FRENDSTER tu la
kat situ memang banyak member list I laki,yela bekas² member sekolah tu je la
pelik I itu pon nak jeles ntah pe² ntah
last² die senyap cam tu je. I SMS tak jawab,CALL pon x angkat
I pon fedup la terus malas dah nk ingat kat die dah
mule dari tu la I baru berkenalan dgn mr husband
and kalo korang nak taw mr husband ni member jugak la dengan MR.A ni
diorang satu tempat keje kan same la jugak dengan si ATAN ni
mr husband mase tu pelik la kan nape si ATAN ni leh gaduh dengan MR.A ni
actually diorang gaduh pasal ATAN ni marah la kat MR.A ni coz main² kan perasaan I
yela penat² die kenalkan dengan I  si MR.A tu wat cam tu pulak
die rase bersalah la dengan I padahal I tak kisah pon
dah orang tak sudi kan nak wat camne
so bila mr husband tanye ATAN pon cite la kisah sebenarnye dan siap tunjuk sekali gamba I yang die simpan dalam tepon tu
fisrt time nampak gambar I terus la mr husband jatuh cinte.eeewahhhhh...perasan tol.hehee...






ini lah gambar yang berjasa tu.huhu.... I tak edit ape² pon taw.gambar tengah HOT katekan.heheeee....




lepas tu bermula la kisah perkenalan kami
asalnye I macam malas jugak nak layan mr husband ni
yela takut terkena macam MR.A tu la
tapi bila dah lame kenal I dapat rase yang mr husband ni jauh beze sangat dengan MR.A
mule² kitorang cume berhubung melalui telefon je
hari² SMS dan tiap² malam bergayut je kat tepon
mr husband sangat la ambik berat dengan I itu yg buat I terpikat dengan die walaupon kitorang belum pernah berjumpe
dekat 3 bulan kitorang berhubung melalui telefon I yang tak sabar ajak jumpe.huhu....
yela mane best asyik dengar sore je kan nak jugak dating² tengok wayang.amboi...gatainye.muahahahahaaa....
                             akhirnya sehari sebelum tarikh hari jadi mr husband 13.03.2008 itu lah tarikh keramat pertemuan pertama kami walau pon mase tu mr husband bawak adik die suruh teman.takut sangat I nak culik die kan.heheheee.....
dan bermula dari hari itu kami declare menjadi pasangan kekasih
kitorang cauple pon tak lame coz kire cinta jarak jauh nak dating selalu pon susah
yela SG. Besar dengan Meru satu jam lebih baru sampai
camne la nak dating hari² kan
so family masing² pon dah bising suruh cepat² ikat
akhirnya dalam bulan 7 tahun 2008 kitorang pon bertunang (sori x ingat tarikh.memang x patut betul kan.sob....sob.....)




amboi....happynye dapat jadi tunangan orang kan.muahahahhahaaa....


tengok la betape cepatnye proses perkenalan & percintaan kitorang
agaknye itulah yang dikatekan jodoh
bila memang itu jodoh kite segale urusan rase dipermudahkan kan
alhamdulillah la.....amin....
 alamak....macam dah terpanjang lak I cerite ni
esok la pulak sambung ek.huhu....
penat la wei menaip panjang² camni.heheeheee...
byeeee.................





p/s : harini I pakai baju mase I bertunag tu taw.huhu....sukeeeeee

 

Friday, March 16, 2012

muka buku

assalamualaikum.....
biase la tengah² boring ni layan la muka buku @ facebook
sebenarnye x boring pon layan jugak.heheee...
actually memang mule² masuk keje bende pertame wat ialah bukak FB
saje je bukak buat hilangkan stress time wat keje
dulu memang la leh kate hari² mesti nak up status kat FB
asal hati panas je up maki hamun semue
padahal bkn nye org yg kite nk maki hamun tu kesah ape yg ko tulis kan
asal happy je up jugak status bagitaw betape bahagia hidup time tu
niat asal memang setakat nk share
tapi kadang² boleh jadi riak pulak,isyh² nauzubillah la kan!!!!!
tapi sejak² dah bertambah umur ni cam malas je nk up status
tengok² camtu je
cume kalo rase penting je baru la nk up status semue
 
ala mukadimah terpanjang la pulak
sebenarnye just nk cite yg aku tertarik pulak dengan quote yg de kat FB td
cube korang bace ni
Watak – Watak Pengguna Di Facebook

1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari…
...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==”

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.

 agak² korang jatuh yg no. berape???
kalo bagi aku rase² nye x de langsung masuk dalam semue kategori di atas tu
kene tambah no. lagi la tuew..hehe.....


eeeee.....nape muke die camni???? huhu....

 

Thursday, March 15, 2012

tentang dia

assalamualaikum........

harini nk bercerita tentang dia
dia yang menjadi teman,sahabat dan pasangan sehingga akhir hayat
dia yang sabar melayan kerenah bininya yang mengada² dan kadang² macam budak²
dia yang tak pernah meninggi suara walau dalam keadaan marah
dia yang sentiasa ada bile diperlukan
dia yang selalu menjadi tempat meluahkan perasaan
dia yang tidak pernah terlihat dalam keadaan sedih biarpun hatinya terluka
dia yang tabah & cekal bila ade rintangan atau dugaan yang melanda
dia yang x pernah penat untuk mengharungi hidup yang penuh cabaran ini
dia yang selalu pandai mengambil hati dan mengundang tawa setiap hari
dia yang penyanyang & romantik dengan caranya yg tersendiri
dia yang boleh diharap walau dalam keadaan ape pon
dia yang sentiase menjadi lelaki sempurna untuk diri ini
dia yang aku cinta dari pertama kali mengenalinya sehingga ke akhir hayat nanti
dia lah suamiku tercinta dan abah pade zuriat kami
 
 
dia lah yang aku sebut² di atas tu. i love u n miss u so much DARLING.mmmmuaaaaaaaaaaahzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
semalam besday dia ni la
dah masuk 34 tahun dah,tapi di mata aku dia tetap muda remaja & makin hensem dari hari ke hari
tapi sori memang x sempat nk wat entry khas untuk dia semalam
so qada' hari ni je la ek
x pe la janji semalam dah selamat pon menyambut bersame² 3 beranak
potong kek ala kadar je
  yang penting ade kenangan sambut besday kan
x sabar nk tunggu minggu depan pulak
annivesary yg ke-3.yahooo!!!!!!!!!!!!!!!!!
 

Tuesday, March 13, 2012

ubat stress

assalamualaikum....
aku keje kat sekolah tapi time cuti sekolah tetap kene keje
yang lagi stress keje makin banyak
itu yang sampai x sempat nk update blog
huhu....alasan yang batu bate konkrit kan
x pe la pelan² kayuh cuti ade 3 hari lagi kan.huhu....
 
 ok,sebut pasal stress hari tu aku ade terbace artikel yang menarik ni
meh kite bace same² untuk info boleh untuk amalkan pon boleh jugak
 
 
Bau ketiak lelaki menjadi penawar stress wanita?
 
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang….
 
 
 
 so kesimpulan nya bagi yg ade laki tu boleh la try amalkan
aku pon rase nk try jugak la balik ni
yela dari buang duit pegi SPA semate² nk hilangkan stress lebih bek buat macam ni je kan
jimat pon jimat,lagi boleh mengeratkan hubungan suami istri kan.hehehee....
jom la ramai² amalkan bau ketiak laki ni ye
tapi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
dengan syarat suruh laki anda sentiase bercukur ek.muahahhahahaaa!!!!!





Tuesday, March 6, 2012

jangan nak riak sangat

assalamualaikum....

jangan nak riak sangat....bila kebahagiaan ko sekarang atas penderitaan org lain
jangan nak riak sangat.....coz x semua org keliling ko taw sejarah hidup keluarga kau
jangan nak riak sangat....coz ape yang kau ade sekarang adelah ehsan dari orang lain
jangan nak riak sangat....coz ape yang kau mintak senang je nak dapat tapi sebenarnye itu semua adelah hak orang lain
jangan nak riak sangat....bila bonda yang kau sanjung² tu pernah buat bonda orang lain menitiskan air mate
jangan nak riak sangat.....bila ko rase ko pandai sangat tak perlukan bantuan orang lain padahal kalau ko x rampas hak orang lain ko tak berpeluang pon nak pegi sekolah
jangan nak riak sangat....coz ko boleh makan mahal hari² sedangkan orang yang berhak makan sedap tu sedang mengikat perut menahan kelaparan
jangan nak riak sangat....bila ko dapat duduk selesa di bandar sedangkan orang yang duduk di desa ni terpaksa mengerah tulang empat kerat untuk meneruskan hidup
jangan nak riak sangat.....ko bagitaw semua orang tentang kecewa hati kau sedangkan sebab adenya kau org lain terpaksa menelan duka seumur hidup
jangan nak riak sangat.....mengaku anak tunggal padahal ade orang lain yg mempunyai darah daging yang same dengan kau
jangan nak riak sangat......sebab kau masih boleh bernafas sampai sekarang sedangkan orang itu sudah pon pergi meninggalkan dunia yang penuh derita akibat perbuatan kau
jangan nak riak sangat.....dengan mengaku kau sebagai srikandi padahal kau x penah melalui penderitaan seperti keluarga yang kau telah hancurkan
jangan nak riak sangat.....bila kau boleh ber"twit" macam² dan bercerita betape bahagianya kehidupan kau coz aku meluat melihatnya uweeeeeek!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
******
****







serius nak termuntah hijau bile bace twiter² ko yang RIAK sangat tuew!!!!!

Monday, March 5, 2012

terharu

assalamualaikum....















TERHARU!!!!!!!!!!!



coz ade jugak cikgu yg paham keadaan keje saye ni
td die kate "kesian k.nani keje x penah abih kan,ade je kan" 
org kate satu perkataan saje pon boleh mempengaruhi hidup seseorang kan
dlm kes saye ni satu ayat tu la buat saye bersemangat untuk menyiapkan keje yg berlambak² ni
tetibe rase nk nangis
sob....sob.......
 
 
ok dah,nk sambung wat keje
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...